:: Pabila Gagak merasakan dirinya Merak ::

~ Salam..

Terfikir sejenak, perihal jurufoto segera yang berlambak.
Lagak seperti sudah lama bertapak, sedangkan perjalanan baru bermula setapak.
Hasil kerja dirasakan enak, bermegah bagaikan ramai yg nampak.
Jika benar ramai yang nampak, mungkin terkesima pada idea ciplak.

Jangan seperti tempurung dan katak, ditegur dikatakan memekak.
Mungkin terlupa tsunami dan gempa, boleh terjadi serentak.
Bumi kita sentiasa berputar dan bergerak, begitu juga plat dan kerak.
Dunia luar perlu berhubung juga walau tidak mustahak, supaya tidak dungu kelak.

01

Di dalam benak, benar semua mahukan idea yg gempak.
Yang terdahulu bertapak, jatuh bangun penuh dengan penat jerih memerah otak.
Mengaku kalah adalah tidak, malah berlumba mendapatkan identiti dan rentak.
Kamu, dengan hasil yang dirompak, sudah mula nampak bongkak.

Mereka berusaha, ada yang dari berambut ketak sehiggalah menjadi botak.
Mungkin hasil terdahulu tiada yang nampak, begitu juga dalam simpanan yang masih banyak.
Semuanya kerana merendah diri, tidak suka menunjuk, dan merasakan diri masih belum cukup layak.
Kamu, jangan cuma tahu menidak, kerana sejarah juga perlu diselak.

02

Berbekalkan kamera dan lensa besar gabak, terasa diri sudah dipuncak.
Beringatlah yang baru setapak, yang lama jangan pula dipijak.
Yang menegur dibidas dan digertak, seakan mahu dipukul dan dihentak.
Adakah perlu parang dan kapak?

Resmi padi, semakin berisi tidak pula pernah mendongak.
Kamu seperti penuh ilmunya, berjalan dengan dada menegak, sehingga nampak berkepak.
Suatu ketika, tipulah jika tidak pernah gunakan kamera kompak.
Adakah malu untuk mengaku, sampai bila mahu mengelak?

03

Membuat kelas dan bengkel, tiada yang melarang kerana itu adalah kamu punya hak.
Tidak mengapa, tidak terkilan mengapa rasa tidak diajak.
Rupanya idea yg dibawa, bulat-bulat tiru tidak beragak.
Kadangkala tersenyum sendiri melihatnya, mungkin ada yang sudah tergelak.

Tahukah kamu, benang yang basah sukar untuk kasi tegak.
Berusahalah walau cuma dengan kamera kompak sehingga rosak.
Asalkan tidak melulu meniru dan merompak, mengaku hasil kerja kamu terlebih dahulu letak.
Usah ingin memutar, jika kamu rasa cerdik tapi terlupa ramai juga yang bijak.

04

Tiada bicara melainkan perasaan yang terbuku berkotak-kotak.
Warkah sebagai tanda ingatan supaya tidak lagi melangut dan melepak.
Cerita dicoret mungkin juga sesuai untuk bacaan adik-adik, abang-abang mahupun kakak-kakak.
Pabila sang Gagak merasakan dirinya si Merak.

Currently listening to Maher Zain – Open Your Eyes.

(,”) Merci..

Faireezal Effendi's Facebook profile

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s